SEBETULNYA ada rahmat disebalik usaha penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) yang kini mendapat tentangan pelbagai pihak dalam masyarakat peneroka sendiri seperti dizahirkan melalui pendedahan yang dibuat NGO-NGO seperti ANAK dan sebagainya.
Sepanjang usaha penyenaraian ini berlangsung, kita didedahkan dengan pelbagai kepincangan dan taktik kotor Felda untuk menindas peneroka dengan penyenaraian tersebut. Itu belum lagi menyentuh tentang hasil perahan getah yang terbukti merugikan peneroka seperti dalam kes sebuah kawasan Felda di Kelantan.
Semua ini membuat kita tertanya-tanya adakah Felda ini sebenarnya membantu atau menindas peneroka?
Ya, memanglah, ada kejayaan yang ditonjol di sana sini tapi itu semua tidak cukup untuk mengatakan ratusan ribu peneroka sedia ada benar-benar memperolehi faedah daripada skim yang ditawarkan Felda.
Yang paling menonjol hanyalah pemilikan tanah.
Rakyat yang dahulu tidak berpeluang mempunyai tanah sendiri tapi boleh memperolehi 10 ekar tanah untuk diteroka menjadi kebun getah atau sawit dan suku ekar tanah untuk dijadikan tapak rumah, dengan menyertai skim Felda.
Tapi ia juga mencetus persoalan lain yang lebih besar iaitu bagaimana pembahagian tanah untuk rakyat negara ini dijalankan secara adil dan samarata antara semua kelompok masyarakat.
Kalau berkesempatan meninjau kawasan penempatan Felda hari ini, majoriti daripadanya adalah didiami oleh orang Melayu, bermaksud orang Melayu juga yang menguasai hampir kesemua tanah-tanah rancangan Felda di seluruh negara.
Adakah ini adil kepada masyarakat cina dan India yang juga memegang taraf kerakyatan yang sama? Mereka juga perlu diberi peluang meneroka tanah pertanian seperti mana orang Melayu di kawasan Felda.
Penulis difahamkan bahawa Pakatan Rakyat akan memastikan setiap rakyat negara ini akan memiliki tanah sendiri jika berjaya memerintah negara. Ini adalah selari dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai perkara tersebut disini.
Penulis berpendapat ia sangat sukar kerana kawasan tanah baru yang boleh diteroka sekarang sudah semakin mengecil. Menukar status hutan simpan sedia ada untuk dibangunkan bagi memenuhi komitmen tersebut juga adalah satu langkah yang bukan sahaja tidak bijak, malah menghapuskan ekosistem negara kita dalam masa yang sama.
Tapi ia tidak mustahil kalau Pakatan Rakyat membubarkan Felda.
Pada hemat penulis, jika Pakatan Rakyat membubarkan Felda, ia akan membuka peluang pemilikan tanah kepada lebih ramai rakyat. Dengan 10 ekar tanah kebun yang dimiliki seorang peneroka sekarang, ia boleh dipecah-pecahkan kepada 40 orang lain jika setiap seorang diperuntukkan suku ekar tanah.
Sementara peneroka sedia ada boleh terus memiliki tapak rumah (dengan keluasan yang sama) sekarang.
Tidak sahaja menyelesaikan masalah tanah di kalangan rakyat, Pakatan Rakyat juga mampu menghapuskan segala ketidak adilan dalam sistem Felda sekarang dan menukarkannya kepada sesuatu yang lebih baru dan memuaskan hati semua pihak.
Lagipun amat tidak adil jika peruntukkan berbilion ringgit yang dibelanjakan untuk Felda sekarang hanya dimiliki oleh satu kaum sahaja kerana wang itu juga adalah wang pembayar cukai seluruh rakyat negara ini tidak mengira kaum.
Pakatan Rakyat tidak seharusnya meneruskan tradisi BN (sejak penubuhan Felda) yang terlalu memanjakan peneroka dengan pelbagai kemudahan dan peruntukan yang banyak, sedangkan ada diantara mereka sekarang sudah tidak layak menerima bantuan tersebut.
Pakatan Rakyat perlu juga memikirkan kawasan-kawasan kampung tradisional dan kampung baru yang turut memerlukan suntikan dana dari kerajaan untuk tujuan pembangunan.
Atas nama kesaksamaan dan demi menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan diskriminasi, Felda harus dibubarkan.
Selain dari semua justifikasi di atas, Felda juga telah berjaya mencapai matlamatnya untuk mengeluarkan kelompok masyarakat sasaran dari belenggu kemiskinan.
Dan dengan itu golongan peneroka ini tidak perlukan bantuan kerajaan lagi.
Artikel Berkaitan:
Kenyataan wang itu adalah wang pembayar cukai rakyat amat menggelikan hati.... tahu tidak wang yang disebutkan itu adalah wang keuntungan FELDA... bukannya wang dari pembayar cukai....
ReplyDeleteAnda mengatakan setiap orang diberi suku ekar... untuk apa suku ekar itu...untuk bena rumah? atau mengekalkan ladang kelapa sawit? Suku ekar ladang nak makan apa cik... tak adalah eksport negara...negara kita makin miskinlah...
ReplyDelete