Wednesday, 7 November 2012

TUGAS UMAT ISLAM

Tujuan apakah kita dilahirkan didunia ini.  Kalau dilihat disekeliling kita, terdapat ramai manusia dari pelbagai kaum, bangsa dan agama.  Ada yang beragama Islam, Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan lain-lain agama lagi.
Agama Islam, Kristian dan Yahudi dikatakan agama samawi, antara ketiga-tiga agama itu hanya mereka yang beragama Islam dan Kristian yang beriya-iya benar mengajak manusia menganutinya.  Pelbagai cara dan kaedah digunakan bagi menarik manusia memeluk agama masing-masing.  Lain pula dengan mereka yang beragama Yahudi yang tidak berminat malah kadang-kadang tidak merestui mana-mana kaum selain daripada diri mereka sendiri dalam agama Yahudi kerana bagi mereka, Kaum Yahudi adalah anak-anak pilihan Tuhan manakala orang-orang lain adalah sama macam binatang seperti lembu.  Itu sebab orang Yahudi dianggap tidak berdosa membunuh, menipu, menginaya orang lain selain dari kaumnya.  Ini dibuktikan dalam kariya Shakesphere iaitu 'Merchant of Venice'.  Buku itu dilarang malah diharamkan dibaca di America.
Cuba kita lihat diri kita orang Melayu yang beragama Islam. Apa tugas kita di dunia ini? adakah hanya mendapat kesenangan hidup dan kemudian mengharap bila mati masuk syurga?  Tanpa peduli orang-orang lain terutama orang-orang yang tidak beragama Islam.  Kita diajar secara senyap agar tidak mencampuri orang bukan Islam (OBI).  Katanya takut kita akan murtad.  Kita tidak pernah mengajak OBI masuk Islam malah kita membiarkan kekafiran mereka begitu sahaja. Itulah salahnya kita.
Tugas kita sebenarnya adalah sambungan dari tugas yang dilepaskan oleh nabi kita, Rasul Allah, nabi Muhammad S.A.W.  Nabi kita ini telah berdakwah menyebarkan agama Islam ke seluruh pelusuk dunia.  Setelah beliau wafat tugas dakwah diteruskan lagi dan Raja kita telah didakwah dengan begitu berkesan sekali oleh pendakwah Arab sehingga baginda meminta orang-orang Melayu yang ketika itu beragama Hindu masuk menganuti agama Islam secara evolusi.  Kepercayaan adat Hindu tidak hilang begitu sahaja tetapi berubah sedikit demi sedikit apabila mendapat Ilmu dalam Islam.
Kita amat bersyukur kerana Allah telah memberi hidayah kepada Raja kita itu. Maka semua Melayu beragama Islam.
Tetapi kita ada mendengar ada oarang Melayu telah murtad.  Mengapa ini terjadi?  Ada yang mengatakan didikan agama Islam amat rendah, mubaligh Kristian (terutamanya) memberi gula-gula hingga budak-budak Melayu terdakyah masuk dan menganuti agama Kristian...
Maka tugas kita adalah memberi ajaran dan didikan agama yang sebetulnya kepada anak-anak kita agar mereka tidak tertarik dengan dakyah agama lain.
Kita pernah dengar perkataan iaitu 'Nabi berkehendakkan agar umat Islam bertambah ramai'.  Maka berebut-rebutlah orang melayu melahirkan ramai anak dan ada juga lelaki Melayu menyahut seruan itu dengan berkahwin sehingga empat orang. Apakah cara itu betul untuk meramaikan umat Islam?
Kalau kita perhatikan kenapa mubaligh kristian bersungguh-sungguh meramaikan umat kristian? Bila portugis, belanda dan Inggeris datang ke tanah-tanah baharu selain dari negara mereka, mereka membawa bersama mubaligh kristian.  Di negara kita Mubaligh Portugis dan Belanda bersungguh-sungguh hendakkan orang-orang di tanah jajahannya memeluk agama kristian, malah orang Inggeris pun secara senyap (walaupun berjanji tidak mencampuri urusan agama) cuba mengkristiankan rakyat dengan mendirikan sekolah-sekolah seperti sekolah Convent, St. John, Gabriell, Methodist dan macam-macam lagi dengan harapan ada antara budak-budak Islam ini tertarik untuk anuti agama mereka. Namun kita bernasib baik kerana anak-anak ini telah ditanamkan semangat keIslaman yang tinggi, tidak ramai yang murtad, walaupun perangai budak-budak ini ada yang mengikuti perangai bukan Islam ini seperti meminum arak.... namun mereka sedar mereka telah berdosa.
Puak-puak kristian ini amat bersungguh-sungguh mengkristiankan manusia di dunia ini adalah kerana bimbang akan dakwah Islam yang dibawa oleh perdagang Islam terutamanya dari negeri Arab.  Untuk menghalangnya maka negara Arab dijajah, maka terhentilah dakwah berkenaan.  Oleh itu peluang yang ada digunakan untuk mengkristiankan dunia ini dan mereka telah pun berjaya.  Mereka hanya belum berjaya mengkristiankan umat Islam terutamanya di Tanah Melayu.  Di Indonesia mereka berjaya mengkristiankan ramai orang dengan pelbagai cara. Mereka berdakwah melalui bantuan dan juga media.... Di tv indonesia atas hak kebebasan beragama, mubaligh kristian dibenarkan menggunakan media tv untuk berdakyah dengan harapan lebih ramai umat Islam menjadi murtad dan mereka berjaya sebenarnya.
Di Malaysia agak sukar bagi mereka kerana adanya Perlembagaan yang melarang mereka mendorong umat Islam kearah agama mereka.
Jadi apakah tugas kita sebenarnya dilahirkan Islam .... adakah kita hanya diminta duduk dalam masjid, mendengar ceramah, beribadat siang dan malam tanpa menghiraukan sekeliling kita untuk masuk syurga.  Adakah kita akan dimasukkan kedalam syurga manakala jiran kita yang bukan Islam akan masuk neraka? Wallahualam.
Saya percaya tugas kita selain beribadat, mencari Ilmu, mendapat harta dan sebagainya adalah 'berdakwah'..... agar lebih ramai orang lain yang tidak beragama Islam mendapat hidayah memeluk agama Islam.
Saya melihat dakwah yang dilakukan oleh ustaz kita banyak tertumpu kepada umat Islam sendiri... memang benar untuk umat Islam yang belum akil baligh atau masih bersekolah, namun sepatutnya ustaz-ustaz mengajar kita cara-cara berdakwah agar jiran kita mendapat hidayah memeluk agama Islam.
Usah dibimbangi akan umat Islam yang terpesong cara hidup mereka, ambil contoh mereka meminum arak... usah bimbang... kerana mereka akan dihukum diakhirat kerana meminum arak contohnya... namun apa akan tetjadi kepada orang-orang bukan Islam yang baik-baik semua itu... adakah tergamak kita meninggalkan mereka di alam jahilliah tentang Islam?  Mereka juga orang-orang yang baik, sering memberi bantuan, menderma tetapi mereka tidak beragama Islam.  Kita kena cari jalan cara halus (sebagai contoh gunakan kaedah kaunselling) untuk menambat hati orang bukan Islam. Barulah kita dapat meneruskan tugas Rasul kita nabi Muhammad dalam berdakwah agar impian nabi untuk meramaikan umatnya dijayakan. Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment