Saturday, 9 March 2013


Itulah dashatnya Anwar, dari imej kena papah, kena usung beramai ramai, berkerusi roda, terus boleh berjalan apabila tiba di luar negara. Walaupun belum dirawat, terus boleh berjalan.

 

Saya sarankan anda membaca buku Ahmad Lutfi Othman, bertajuk "Anwar lawan Ghaffar', tahun 1993. Dalam muka surat 203, di bawah tajuk "Anwar dan Kudanya : Lebih mudah menunggangi manusia daripada menunggangi Kuda! Mendalam maksud Ahmad Lutfi ini. Masa itu Ahmad Lutfi menyerang Anwar 360 darjah sebab Anwar jadi pembesar dalam UMNO.

 

30 June 2008

 

0 Pendapat

 

Pendapat Anda?

 Saya tiba ke Kedutaan awal pagi, berlepas dari Quality Inn. Tahniah diatas kelincahan pasukan khas kita!

 Pastilah keletihan kerana hampir tidak tidur malam tadi mendengarkan asakan hujah pimpinan. Pastinya kami menganggap Turki negara sahabat dan keputusan untuk ke sini adalah kerana isu keselamatan semata.

 Pengalaman lalu mengajar kita bahawa tindakan ganas dan rakus bisa saja dari pendendam. Dan dalam konteks ini cadangan laporan polis saya terhadap Musa Hasan dan Gani Patail adalah berkaitan. Kita dapat buktikan bagaimana mereka berdua terlibat dalam merekayasa bukti, mendera dan menakutkan orang terlibat.

 Maka apa yang dipohon adalah jaminan tegas pimpinan negara agar kecurangan lalu tidak berulang! Sebaik ada jaminan keselamatan diri dan keluarga, kami akan segera pulang.

No comments:

Post a Comment