Pada pandangan saya, kandungan ilmu dalam mata pelajaran SPM di Malaysia lebih mendalam berbanding apa yang dipelajari di Singapura.
Saya banyak membeli buku Chemistry O-Level dan N-Level dan jika saya bandingkan dengan apa yang pelajar Malaysia hadapi saya dapati di Malaysia kandungan subjek itu lebih mendalam dan lebih sukar.
Kenapa pula tahap SPM dikatakan lebih rendah?
Pelajar Singapura yang mendapat C dalam subjek kimia didapati lebih berjaya dalam A-Level berbanding pelajar Malaysia yang mendapat A dalam peringkat SPM.
Jawapan bagi pertanyaan itu terletak kepada Sistem Penggredan Peperiksaan.
Di Singapura dinyatakan dengan jelas jika pelajar itu mencapat contohnya 80 % ke atas maka ia akan mendapat gred A dalam keputusan peperiksaan.
Di Malaysia pula, calon hanya dimaklumkan gred pencapaian bagi setiap subjek namun bagaimana gred itu dicapai tidak dimaklumkan. Ia mungkin bermaksud kemungkinan selepas berlaku pelarasan (guna graf normal) calon yang mendapat markah 60 mungkin berupaya diberi gred A..... .. mungkin.
Ini hanya pandangan, cuba renungkan le...
No comments:
Post a Comment