Adam Adli buat laporan polis lagi. Kali ini laporan terhadap seorang lelaki yang didakwanya sebagai anggota polis berpakaian biasa yang cuba menumbuknya ketika dia selesai membuat laporan polis berhubung ancaman bunuh yang dihadapinya.
Wah!!!
Nampaknya makin glamour ler hidup Adam Adli yang khabarnya mendapat sokongan sepenuhnya daripada ibu bapanya. Secara tak langsung taraf Adam Adli sudah jauh lebih tinggi berbanding Chegu Bard apatah lagi Shamsul Iskandar Mohd Akin. Malah lebih hebat daripada Anwar Ibrahim yang apabila mendapat khabar Saiful Bukhari buat laporan polis, tercirit-terbirit dia lari ke Kedutaan Turki untuk mendapatkan suaka politik, sedangkan Adam Adli tenang, malah sempat mengalunkan cerita dia akan terus memperjuangkan kebebasan mahasiswa tanpa mengambil kira sama ada dia masih lagi bergelar mahasiswa atau tidak selepas ini.
Hebat tak hebat Adam Adli, Chegu Bard dan Sam Ketot pun terpaksa menumpang glamournya. Kira-kiranya kalau Adam Adli cuba nak rampas kedudukan Sam Ketot selaku Ketua AMK, senang-senang sangatlah dia boleh buat.
Adam Adli turunkan bendera, kemudian naikkan balik. Dia nafi 'tohmahan' yang mengatakan dia turunkan bendera yang ada muka Najib dan kemudian pijak-pijak serta diludah-ludah. Dia buat macam tu, semata-mata untuk beritahu Najib bahawa pelajar-pelajar universiti akan sanggup naik ke tingkat atas PWTC dan bakar pejabat itu kalau Najib tak mahu ikut cakap mereka.
Lagipun, dengan Saifuddin Abdullah di belakang mereka dan menjadi penyokong kuat dengan NEW POLITIC, pastinya puak-puak seperti Adam Adli akan berekor merak.
Hebat tak hebat, lepas kena ugut dibunuh, Adam Adli buat laporan polis pula kononnya polis berpakaian biasa nak tumbuk dia. Lepas ni, tentu ada polis yang berpakaian nelayan cuba nak kafankan dia pula. Lepas tu, tentu ada polis yang berpakaian petani pula yang nak bakar kakinya.
Semuanya polis yang jahat... yang tak jahat, Adam Adli dan budak-budak universiti pengikut Saifuddin Abdullah yang NEW POLITIC.
No comments:
Post a Comment