Dato Seri Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor telah didapati bersalah oleh Mahkamah Seksyen Shah Alam pagi tadi atas kesalahan Rasuah yang mana Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia. Maklumat lanjut KLIK DISINI
Sepanjang kes perbicaraan Kes Dato Seri Khir Toyo ini tidak ada sebarang penanguhan yang dibuat oleh tertuduh malah sewaktu proses bela diri juga tertuduh iaitu Khir Toyo memberikan keterangan BERSUMPAH didalam kandang tertuduh dan sedia disoal balas pendakwaraya.
Hasil dari kejantanan Khir Toyo dalam membela diri dan berhadapan dengan kes Rasuah ini memberikan satu tamparan kepada beliau apabila disabitkan kesalahan tersebut. Ini lah dunia yang ada pada hari ini, sudah Gentleman dan sudah berhadapan dengan kehendak Mahkamah namun diakhirnya didapati bersalah.
Berbeza dengan kes Liwat Dato Seri Anwar Ibrahim yang mana dituduh meliwat Saiful Bukhari. Tertuduh iaitu Anwar Ibrahim telah menangguhkan kes liwat nya lebih dari 60 kali yang mana merupakan satu REKOD didalam perbicaraan mahkamah dalam Malaysia mahupun dunia dengan penanguhan yang amat luar biasa dilakukan tertuduh.
Malah apabila sampai kepada pembelaan diri dari tertuduh Anwar Ibrahim mengambil jalan selamat dengan memberikan Keterangan Tampa Bersumpah dan Enggan disoal balas Pendakwaraya. Dalam hal ini menjelaskan kepada kita semua bahawasanya Berani Kerana Benar dan Takut Kerana Salah.
Khir Toyo berani tampil kehadapan dengan menempuh rintangan ini walaupun tahu risiko yang bakal dihadapinya yang mana Karier Politiknya akan terjejas dan berkemungkinan akan hilang peluang untuk bertanding pada PRU 13 kelak.
Khir Toyo Berani kerana beliau yakin bahawa beliau tidak melakukan kesalahan dalam pembelian rumah yang menjadi tajuk utama perbicaraan Rasuah ini. Itulah Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor.
Anwar Ibrahim pula?
Anwar Ibrahim sejak awal laporan Polis dibuat keatasnya dalam kes Liwat Saiful Bukhari cuba melarikan diri berulang ulang kali. Malah jika anda masih ingat apabila tercetusnya isu Liwat ini Anwar Ibrahim melarikan diri ke kedutaan Turkey untuk bersembunyi kerana takut untut diheret ke balai Polis.
"Takut Kerana Salah" Itulah Anwar Ibrahim bila sepanjang perbicaraan melakukan pelbagai helah sehingga disatu tahap beliau sanggup mengatakan kepada dunia yang beliau sebenarnya "MATI PUCUK".
Kerana Takut jugalah Anwar Ibrahim menjelang 9hb Januari nanti akan melakukan satu gerakan Rusuhan bagi menghasut rakyat menjadi perisainya dalam menentang Kerajaan Malaysia dan Najib Razak.
Itu perbedaan ketara diantara Pemimpin BN Khir Toyo dan juga Pemimpin Pakatan Anwar Ibrahim. Anda boleh nilai akan mereka berdua ini dan jelas dengan makana "Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah"
Baru sebentar tadi juga Gomo lihat mereka dikalangan penyokong pakatan pembangkang cuba memutarbelitkan cerita akan kes Khir Toyo yang dijatuhi hukuman ini. Kata mereka ini adalah satu Lakonan dari UMNO untuk berhadapan dengan Pilihanraya ke 13.
Itulah sifat Pakatan pembangkang, bila kebenaran dan ketelusan sistem kehakiman Negara diberikan mereka akan mengalihkan fakta dengan menyatakan itu sekadar lakonan semata mata. Bila kena pada tang mereka puak PR mereka akan kata inilah kekejaman dan kezaliman.
Anda boleh fikir jika anda sekarang menjadi Khir Toyo, apakah perasaan anda? Apakah anda menggangap ianya sekadar lakonan? Karier politik yang semakin malap dan cemuhan datang dari pelbagai pihak. Ini juga akan menjadi sejarah buat Keluarga Khir Toyo sampaikan anak anak beliau juga menerima kesan dari keputusan Mahkamah ini. Anda anggap ianya satu Lakonan?
Begitu juga dengan Saiful Bukhari yang tampil mengakui diliwat Anwar Ibrahim. Apakah anda sanggup tampil menyatakan anda diliwat? Cemuhan yang datang, maruah diri dan keluarga sanggup dijaja sebegitu rupa? Apakah anda sanggup?
Ini lah bukti nyata bahawasanya apa yang berlaku bukanlah satu lakonan semata mata. Isu Khir Toyo yang dijatuhi hukuman dan Saiful Bukhari yang mengakui diliwat bukan satu Rekayasa mahupun Konspirasi sebaliknya itu lah kebenaran yang Hak buat tauladan semua pihak.
Yang berlakon setiap masa adalah Dato Seri Anwar Ibrahim..........
Psssttt... Berani kerana benar, takut kerana salah, kalau Anwar benar awat dia tak lawan Mahkamah secara anak Jantan macam Khir Toyo?
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
No comments:
Post a Comment