Mari kita perhatikan foto perusuh haram tersebut (di atas) yang sedang didekati oleh oportunis murahan N.Surendran, Naib Presiden PKR.
Dan kita perbesarkan foto tersebut seperti di bawah.
Ada yang tidak kena dengan diagnosis 'patang tulang rusuk dan patah geraham' oleh lidah rasmi pembohong PAS itu dengan simptom dan kesantaian yang ditunjukkan oleh perusuh haram bernama Safwan Anang itu.
Kepada sesiapa yang pernah mengalami 'patah tulang rusuk', anda tentu tahu betapa seksanya anda untuk bergerak, bernafas dan lebih-lebih lagi mengangkat tangan seperti foto di atas!
MiM sendiri banyak kali merawat pesakit yang patah tulang rusuk!
Tetapi sebagai seorang doktor perubatan, MiM tidak boleh membuat diagnosis hanya berdasarkan kepada foto di atas.
Simptom mesti disertakan dengan pemeriksaan. X-ray juga mesti dilakukan untuk mengesahkan diagnosis. Inilah prosedur yang sebenarnya.
Yang menghairankan MiM ialah bagaimanakah lidah rasmi PAS itu begitu yakin dengan 'patah tulang rusuk patah geraham'?
Jika rujuk kepada Malaysian Insider, peguam Safwan Anang mengatakan bahawa pihaknya kini masih lagi belum memperoleh sebarang laporan kesihatan daripada Hospital Hospital Slim River!
Kenapakah HarakahDaily mendahului laporan kesihatan Hospital Slim River itu?
Seperkara lagi, MiM bersetuju dengan pandangan pihak polis supaya mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memburuk-burukkan nama mereka.
Bernama melaporkan bahawa Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, polis mempunyai bukti yang kukuh untuk menyangkal fitnah yang dilemparkan itu.
Pihaknya sedang menubuhkan pasukan khas dalam memantau dan menyiasat beberapa blog berhubung isu penuntut universiti dipukul polis dalam satu perhimpunan haram di Perak semalam.
“Semasa perhimpunan haram itu, ditempatkan beberapa jurugambar dan jururakam polis bagi merakamkan semua kejadian yang berlaku untuk dijadikan bukti bahawa polis tidak menggunakan kekerasan atau mencederakan mana-mana penuntut.
“Justeru itu, pasukan khas telah saya arahkan untuk membuat satu penelitian bagi mengesahkan tuduhan yang dilemparkan adalah tidak benar sama sekali”.
Tambahnya lagi, sekiranya dakwaan yang dibuat dalam blog tersebut dibuktikan palsu, polis akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tuduhan fitnah kepada pasukan keselamatan tidak berulang.
No comments:
Post a Comment