Tertarik dengan laporan polis seorang pemuda mendakwa dirinya diliwat, dan reaksi Anwar pula melarikan diri ke kedutaan asing, Mark Davis dari Australia datang ke Malaysia menemui Anwar untuk mengetahui secara lebih terperinci berkenaan kes tersebut.
Mark Davis bertanya kepada Anwar, apabila beliau dituduh sekali lagi melakukan aktiviti seks luar tabie, bagaimanakah perasaan isteri dan anak-anaknya.
Anwar menjawab, sebaik sahaja beliau menerima SMS yang memberitahu Mohd Saiful telah membuat laporan polis, isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata “Oh, Tidak (sekali) lagi “, anak-anak pula berkata “Lihat papa, semua ini tidak munasabah”.
“Mereka tidak pernah meminta penjelasan daripada saya berkenaan perkara (tuduhan liwat) itu”, kata Anwar.
Namun, YB Zulkifli Noordin yang turut berada di Quality Hotel, pada 28 Jun 2008, ketika Anwar menerima sms itu memberitahu dalam versi lain.
“Saya duduk sebelah dia (Anwar)..tiba-tiba handphone (Anwar) berbunyi..dia suruh saya ambil baca..saya baca mesej yang ada..apa ni mesej ni..’the boy has lodged the report’.
“Bila saya baca saja mesej tu, saya nampak serta merta muka Anwar berubah…pucat..terus diambil telefon..kelam-kabut panggil Wan Azizah..terus pergi ke lif….naik..saya ikut.
“Apa berlaku dalam lif ? Rahsia…nanti ada masa kita dedahkan..kalau dia (Anwar) cakap banyak lah..”, katanya.
“Saya ni lawyer dia (Anwar)..memang lawyer ni ada batasan..ada benda kita tak boleh cakap..tapi kalau kurang ajar sangat, saya akan cakap, saya peduli apa..saya tau apa yang berlaku dalam lif..saya tau apa yang berlaku dalam bilik..” katanya lagi. Klik di sini
Mark Davis berkata ada kemungkinan dengan kes liwat II ini, Anwar akan dipenjarakan sekali lagi.
Anwar menjawab tidak mungkin. Beliau dengan penuh yakin berkata pihak polis tidak mempunyai sebarang bukti kecuali hanya keterangan daripada pengadu, Mohd Saiful.
“Tidak, saya tidak percaya mereka akan ada mana-mana forensik yang boleh dipercayai atau apa-apa jenis alibi” kata Anwar.
Malah Anwar sudah meletakkan tuduhan jahat dan prejudis awal, dengan berkata jika pihak polis mempunyai bukti sekalipun, semua bukti itu adalah palsu dan rekaan semata-mata.
“Kita akan mencabar dan lawan mereka pada setiap langkah”, katanya yang begitu yakin dan optimis.
Ketika kes itu dibicarakan di mahkamah, pihak pembela mengemukakan bukti penemuan air mani, ‘Lelaki Y’, kemudiannya dikenal pasti milik Anwar Ibrahim di dalam lubang dubur pengadu, Mohd Saiful.
Sampai ke akhir pembelaan, pihak Anwar gagal menafikan kekuatan bukti air mani itu, akhirnya, Anwar terpaksa memalukan diri sendiri dengan memanggil doktor peribadi dari Munich untuk membuktikan beliau seorang yang kurang upaya yang sekaligus membuka pekung di dadanya, mengurangkan kredit calon sesuai untuk Perdana Menteri Malaysia.
Pihak Anwar juga gagal menafikan bukti-bukti tersebut adalah direka-reka seperti dakwaannya sebelum ini.
Mark Davis tidak bersetuju sikap Anwar yang meletakkan prejudis awal, meletakkan asas konspirasi kerajaan pada peringkat awal lagi.
Kenapa tidak anda mengambil tuduhan itu sebagai dakwaan yang perlu ditangani berdasarkan merit?, soalnya.
Jawab Anwar, beliau mempunyai bukti cukup untuk menyokong pertuduhan itu adalah konspirasi kerajaan.
“Saya ada bukti. Orang ini (Mohd Saiful) telah dikenal pasti bermesyuarat dengan Timbalan Perdana Menteri di pejabat dan di rumahnya dengan isterinya dan seorang pegawai khas telah ditugaskan kepadanya. Ini saya fikir – buktinya, yang kita akan dedah”, kata Anwar.
Namun, dalam mahkamah, lain pula terjadi. Peguam pembela gagal mengemukakan hujah-hujah relevan untuk memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi pembelaan Anwar.Peguam pasangan suami isteri itu berhujah atas alasan apa anak guam mereka dipanggil sebagai saksi pembelaan Anwar, kerana tidak termasuk dalam skop pertuduhan.
Skop pertuduhan pada 26 Jun 2008, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara jam 3.01 petang hingga 4.30 petang, sedangkan pertemuan pengadu dengan Najib dan Rosmah pada 24 Jun 2008.
“Anak guam kami bukan saksi penting dan bukan alibi Anwar seperti dalam skop pertuduhan”, rumus peguam Najib dan Rosmah.
Hujahnya lagi, “Terdapat bukti transkrip dalam nota prosiding perbicaraan terdahulu bahawa peguambela Anwar sendiri pernah memohon kepada mahkamah untuk mengetepikan sebarang keterangan atau bukti yang menunjukkan sebarang kejadian liwat yang dikatakan berlaku sebelum tarikh kejadian iaitu pada 26 Jun 2008″.
Pada peringkat ini terdapat percanggahan besar di kalangan pembela dalam menyatakan motif memanggil Najib dan Rosmah itu.
Anwar berkata untuk ‘membuktikan konspirasi’, tetapi disanggah oleh peguam-peguamnya, ‘bukan untuk membuktikan konspirasi’, sebaliknya hanya untuk mengetahui apa kejadian sebenar pada 24 Jun 2008 tersebut.
Peguam Najib dan Rosmah menafikan anak guam mereka terlibat dalam bentuk konspirasi untuk mereka-reka atau mengada-adakan pertuduhan liwat tersebut bagi menyebabkan sebarang kemudaratan terhadap Anwar.
“Tujuan tertuduh (Anwar) mensapina anak guam kami tidak dibuat dengan hati yang suci serta merupakan satu proses penyalahgunaan mahkamah untuk ekspedisi memancing maklumat”, hujahnya.
Malah, hujahnya lagi, Muhamad Rahimi Osman, individu yang dikatakan terlibat dalam pertemuan itu tidak pernah dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwaan mahupun oleh pihak pembela.
Pihak Anwar juga tidak memanggil Datuk Mumtaz Jaafar dan Khairil Anaz Jusof, dua individu yang dikaitkan dengan pertemuan itu, meskipun telah ditemuduganya sebelum ini.
Mark Davis cuba memancing Anwar. “Dalam kes ini, pada petang Khamis itu (pada 26 Jun 2008), anda bersama lelaki muda itu (Mohd Saiful) ? Apakah anda bekerja bersama-samanya ? Soalnya.
“Saya mempunyai semua bukti, semua alibi atau apa yang saya lakukan (pada masa itu)..Saya tidak pernah bersamanya dalam keadaan berdua, di mana-mana tempat (sekalipun)”, tegas Anwar.
“Selain itu, peguam nasihatkan saya – tunggu, biarkan mereka buktikan kes mereka. Tetapi adalah cukup untuk saya mengatakan bahawa saya tidak pernah bersendirian dengannya”, katanya.
Wartawan itu kurang berpuas hati dengan jawapan Anwar terus mengasak lagi soalan berkenaan kejadian kondominium tersebut.
Kelihatan Anwar seperti kurang senang untuk menjawab kejadian sebenar di kondominium itu. Akhirnya beliau meletakkan benteng nasihat dari peguamnya yang menasihatinya agar tidak menyentuh berkenaan perkara tersebut dengan alasan tidak mahu mengganggu penyiasatan dan pembelaan.
“Cukup saya katakan bahawa saya tidak pernah bersamanya secara bersendirian. Saya mempunyai alibi untuk seluruh hari tersebut”, ulanginya.Jawapan Anwar itu masih membuka ruang keraguan kepada wartawan itu.
Wartawan itu mahu mendengar Anwar menjawab dengan tegas, bahawa beliau tidak berada di kondominium itu pada tarikh dan masa yang dituduh, sebaliknya Anwar tidak berbuat demikian, beliau kelihatan takut-takut menjawabnya dengan memberi alasan nasihat peguamnya dan berulang kali berkata mempunyai alibi yang bermaksud beliau berada di tempat kejadian seperti didakwa itu.
Tiada Alibi – Mengaku Bersama Saiful
Apa yang berlaku di dalam mahkamah sungguh kontradik. Selain Anwar gagal menampilkan saksi-saksi alibiyang didakwa beliau miliki sebelum ini, malah pasangan suami isteri yang menjadi pemilik kondominium itu yang diwar-warkan sebagai alibi Anwar juga tidak ditampilkan dan dalam maksud mudah Ketua Umum PKR itu tidak mempunyai alibi untuk membantunya.
Akhirnya, Anwar terpaksa membuat pengakuan terbuka dalam mahkamah bahawa beliau bersama Mohd Saiful di Unit 1151 kondominium itu pada masa dan tarikh yang didakwa, namun berhujah aktiviti seks itu berlaku atas dasar suka sama suka.
No comments:
Post a Comment