Entahlah, tidak pernah rasa kecewa apabila Zuraidah Kamarudin di saman oleh YB Sharizat. Saman dikemukakan untuk pengajaran agar siapa-siapa tidak mudah memburukkan, memfitnah siapa-siapa tanpa bukti yang cukup. Andaian yang selalu dikatakan ialah 'kami YB pembangkang mempunyai hak berkata apa sahaja untuk kepentingan orang awam". Namun hak memburukkan dan memfitnahkan orang lain adalah amat keji sekali.
Sebagai YB bagi kawasan Ampang, elok sangat diteliti susun atur kawasan berkenaan yang bercelaru dengan kesesakan, begitu juga masalah selenggara jalan dan juga sampah yang tiada kesudahan. Ingatkan bila Syarikat Alam Flora yang dikatakan tidak cekap ditamatkan khidmat mereka, masalah sampah dapat diurus dengan baik, namun ketika ini ramai yang mengeluh sampah tidak dikutip.
YB Zuraidah bercadang membuat roadshow di Johor.... adalah diharap dalam road show itu tidak diceramahkan benda-benda yang tidak pasti kebenarannya. Jangan cakap ikut sedap mulut nanti badan pula yang merana.....
No comments:
Post a Comment